Ahad, 22 Disember 2013

Counting Days 2014???

Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2013. Mungkin 2013 tahun yang penuh cabaran, suka duka dalam diri kita, mungkin juga tahun yang sangat penuh bermakna buat diri kita dan mungkin juga tahun yang memberi kita banyak pengalaman yang mendewasakan dan memberi pengajaran yang berguna untuk kita menempuh kehidupan kita seterusnya. Apa pun semoga kita sentiasa cepat mempelajari setiap bentuk yang kita hadapi sebagai mengambil iktibar dan hikmahnya di atas tiap-tiap kejadian.

Semoga 2014 dapat kita tempuhi dengan lebih keyakinan dan semangat yang lebih positif. :-D
Terapkan keazaman dan keyakinan yang jitu agar segalanya kita dapat rancang dengan baik. Apa pun perancangan kita, namun perancanganNYA jua yang sebaik2 percaturan. Terima dan redho di atas setiap qada' & qadar nya serta bersangka baik. In syaa Allah, kesabaran yang diterapkan pasti kegembiraan di penghujungnya :-)

Ahad, 15 Disember 2013

Bercuti???

Sekarang musim cuti sekolah. Apabila tiba December sahaja memang itulah situasinya. Namun, apabila kita sudah bekerja, kita juga merasa bulan ke-12 dalam setahun ini pun perlu mempunyai cuti dan mencari ketenangan sebelum memulakan perkiraan semula tahun baru.

Rasa mahu pergi suatu tempat bersama-sama keluarga dengan tenang, feeling happy, melaluinya bersama-sama. Namun nanti setelah kembalinya dari cuti pasti menghadapi rushing hour semula melalui waktu bekerja dan kesibukan seperti sedia kala. Jadi, eloklah jika cuti ini hanya sekadar me-release-kan fikiran @ sekadar melapangkan dada :-) Boleh juga dikatakan untuk re-fresh kembali deria2 yang mungkin tersumbat hahahha...jadi eloklah mencari waktu & destinasi percutian bersama keluarga.

Keluarga kita adalah pilihan kita walau di mana jua berada kerana merekalah yang sentiasa di sisi dan menyokong kita walau kita rebah di saat kita tiada daya untuk bangkit. Percutian bersama keluarga sudah pasti merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan meningkatkan motivasi dalam diri agar terus menjadi lebih tabah di saat mengharungi cabaran & dugaan.

Selasa, 13 Ogos 2013

Kisah dulu-dulu

Assalamualaikum,...

Pertama kalinya saya mempunyai kekuatan untuk menulis di blog. Sebelum ni ada, tapi tidaklah fokus dan tidak mempunyai masa untuk mengadap 'blog' dua puluh empat jam. Namun, sekarang pun masih sama cuma cuba-cuba selitkan jugalah cari-cari masa berblog....hihihiii.

Jom baca...& sharing2 apa yang patut asalkan jangan menyentuh sensitiviti sesiapa. Open mind & give and take. Kalau saya silap tegurlah secara berhemah, tak mahu bunyi2 belakang2...huhuuu.
Mahu happy2 sahaja ~_~