Sekarang musim cuti sekolah. Apabila tiba December sahaja memang itulah situasinya. Namun, apabila kita sudah bekerja, kita juga merasa bulan ke-12 dalam setahun ini pun perlu mempunyai cuti dan mencari ketenangan sebelum memulakan perkiraan semula tahun baru.
Rasa mahu pergi suatu tempat bersama-sama keluarga dengan tenang, feeling happy, melaluinya bersama-sama. Namun nanti setelah kembalinya dari cuti pasti menghadapi rushing hour semula melalui waktu bekerja dan kesibukan seperti sedia kala. Jadi, eloklah jika cuti ini hanya sekadar me-release-kan fikiran @ sekadar melapangkan dada :-) Boleh juga dikatakan untuk re-fresh kembali deria2 yang mungkin tersumbat hahahha...jadi eloklah mencari waktu & destinasi percutian bersama keluarga.
Keluarga kita adalah pilihan kita walau di mana jua berada kerana merekalah yang sentiasa di sisi dan menyokong kita walau kita rebah di saat kita tiada daya untuk bangkit. Percutian bersama keluarga sudah pasti merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan meningkatkan motivasi dalam diri agar terus menjadi lebih tabah di saat mengharungi cabaran & dugaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan