Sabtu, 8 November 2014

Dengarlah Bintang Hatiku...

Dengarlah Bintang Hatiku...

Aku suka sangat lirik dan lagu ini...merdu dan indah didengar. Tenang dan mendamaikan sahaja.

 

 

Dengarlah Bintang Hatiku – Demeises


  • Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
    Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
    Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

  • Aku akan menjagamu
    semampu dan sebisaku
    Walau ku tahu ragamu tak utuh
  • Ku terima kekuranganmu
    dan ku tak akan mengeluh
    Karena bagiku engkaulah nyawaku
    Aku akan menjagamu
    semampu dan sebisaku
    Walau ku tahu ragamu tak utuh
  • Ku terima kekuranganmu
    dan ku tak akan mengeluh
    Karena bagiku engkaulah nyawaku
    Aku akan menjagamu
    semampu dan sebisaku
    Walau ku tahu ragamu tak utuh

  • Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
    Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
    Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
    Aku akan menjagamu
    semampu dan sebisaku
    Walau ku tahu ragamu tak utuh
  • Ku terima kekuranganmu
    dan ku tak akan mengeluh
    Karena bagiku engkaulah nyawaku
    Aku akan menjagamu
    semampu dan sebisaku
    Walau ku tahu ragamu tak utuh
  • Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
    Karena bagiku engkaulah nyawaku
    Karena bagiku engkaulah nyawaku

Kelahiran Baru

Alhamdulillah,.....

..................lamanya tak update-update blog ni....rasa macam ada hendak dicoretkan, tapi hendak menghadap komputer tu ntah bila ntah, ada sahaja kerjanya :-D

Coretan terakhir  adalah Mac 2014. Ohh..lama sungguh tak menghadap blog ni. Apa pun, bersyukurlah kerana kita masih dipertemukan lagi di sini.

  • Alhamdulillah, pada Mei yang lalu, saya telah diberi peluang oleh Yang Maha Pencipta untuk merasai pengalaman melahirkan anak kedua. Walaupun melalui pembedahan, namun alhamdulillah, mama dan baby sihat. Now, she was 6months. Sungguh cepat masa berlalu. Apa pun, dengan kehadiran cahaya mata yang kedua ini, si kakak dah tak sunyi lagi, malah telah menunjukkan sifat2 kepimpinannya sebagai seorang kakak dan sesekali masih terselit sifat2 manjanya lagi.

  •  Apa pun, kesemuanya adalah anugerah dari Ilahi. Mama gembira punyai kamu. Since sudah beroleh dua orang puteri ini, tiap-tiap pagi mama memang macam 'supermak' lah....seorang kiri, seorang kanan...dengan beg lagi....namun, semua itu menjadi penghibur dan rencah corak lakaran kehidupan mama dan ayah kamu. Doa mama dan ayah, semoga kamu berdua membesar dengan sihat dan cemerlang di dunia dan akhirat, in syaa Allah. "Belajar dunia untuk mencari akhirat". In syaa Allah.

 

 

Ahad, 30 Mac 2014

PRAY.FOR.MH370

PRAY.FOR.MH370

Kehilangannya sungguh misteri....
hampir sebulan dah masih tidak dapat berita tentangnya,...

Apa pun, sebagai umat Islam,
segala yang berlaku adalah qada' & qadarnya...
walau tiada saudara mara yang berada di dalamnya,
namun perasaan kemanusiaan di dalam diri,
tetap merasa simpati dan turut merasai kesedihan yang dialami oleh ahli keluarga para penumpang.

Apa pun, kita masih perlu berusaha,
kalau tidak dapat mencarinya, kita masih boleh meneruskan doa,
agar Allah kurniakan petunjuk di mana MH370 boleh ditemui...





Semoga dipermudahkan.


PRAY.FOR.MH370.
31.3.2014

Rabu, 12 Februari 2014

Korea Kami Datang! :-)

Korea Kami Datang! :-)

Akhirnya destinasi yang kami sekeluarga pilih ialah Korea Selatan ! :-)

Merakam kenangan di Jade Garden, Korea Selatan. 

 




 Merakam kenangan di Pulau Nami, Korea Selatan.











Indahnya kata-katanya

Indahnya kata-katanya....
di petik dari sebuah blog pengembara....



"Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri"



Ahad, 22 Disember 2013

Counting Days 2014???

Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan 2013. Mungkin 2013 tahun yang penuh cabaran, suka duka dalam diri kita, mungkin juga tahun yang sangat penuh bermakna buat diri kita dan mungkin juga tahun yang memberi kita banyak pengalaman yang mendewasakan dan memberi pengajaran yang berguna untuk kita menempuh kehidupan kita seterusnya. Apa pun semoga kita sentiasa cepat mempelajari setiap bentuk yang kita hadapi sebagai mengambil iktibar dan hikmahnya di atas tiap-tiap kejadian.

Semoga 2014 dapat kita tempuhi dengan lebih keyakinan dan semangat yang lebih positif. :-D
Terapkan keazaman dan keyakinan yang jitu agar segalanya kita dapat rancang dengan baik. Apa pun perancangan kita, namun perancanganNYA jua yang sebaik2 percaturan. Terima dan redho di atas setiap qada' & qadar nya serta bersangka baik. In syaa Allah, kesabaran yang diterapkan pasti kegembiraan di penghujungnya :-)

Ahad, 15 Disember 2013

Bercuti???

Sekarang musim cuti sekolah. Apabila tiba December sahaja memang itulah situasinya. Namun, apabila kita sudah bekerja, kita juga merasa bulan ke-12 dalam setahun ini pun perlu mempunyai cuti dan mencari ketenangan sebelum memulakan perkiraan semula tahun baru.

Rasa mahu pergi suatu tempat bersama-sama keluarga dengan tenang, feeling happy, melaluinya bersama-sama. Namun nanti setelah kembalinya dari cuti pasti menghadapi rushing hour semula melalui waktu bekerja dan kesibukan seperti sedia kala. Jadi, eloklah jika cuti ini hanya sekadar me-release-kan fikiran @ sekadar melapangkan dada :-) Boleh juga dikatakan untuk re-fresh kembali deria2 yang mungkin tersumbat hahahha...jadi eloklah mencari waktu & destinasi percutian bersama keluarga.

Keluarga kita adalah pilihan kita walau di mana jua berada kerana merekalah yang sentiasa di sisi dan menyokong kita walau kita rebah di saat kita tiada daya untuk bangkit. Percutian bersama keluarga sudah pasti merapatkan lagi hubungan silaturrahim dan meningkatkan motivasi dalam diri agar terus menjadi lebih tabah di saat mengharungi cabaran & dugaan.